Projek DamAI

Kecekalan dan kekuatan untuk mengharungi setiap percubaan memerlukan pembinaan asas kepada iman yang teguh selaras dengan ajaran Alkitab. Apa yang kita percaya tentang Allah Tritunggal dan pekerjaan khusus oleh Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh akan menentukan betapa teguhnya iman kita.

Siri Projek DamAI dapat membantu dan membimbing orang percaya dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.