Shalom dan Salam Sejahtera dalam kasih Tuhan Yesus Kristus,
Selamat datang ke Institut Pemuridan Tyrannus Online Seminary – Komuniti Digital.
Di sini, kami percaya bahawa pemuridan bukan sekadar proses pembelajaran — ia adalah satu panggilan ilahi. Visi kami jelas: Setiap orang Kristian diperlengkapkan untuk menjadi murid yang memuridkan. Inilah misi Amanat Agung yang telah diserahkan kepada kita oleh Tuhan Yesus Kristus.
Kami amat berbesar hati menerima anda sebagai sebahagian daripada komuniti pembelajaran teologi kami. Di KD-TOSS, kami komited untuk menyediakan pendidikan teologi yang berteraskan kecemerlangan, integriti, dan pembelajaran berterusan.
Dalam dunia yang semakin digital, kita tidak hanya perlu memahami Firman, tetapi juga mempraktikkannya dalam kehidupan sebenar — di rumah, di tempat kerja, dan dalam komuniti digital kita. Justeru itu, TOS-KD diwujudkan untuk melahirkan pemimpin rohani yang berkualiti, berakar dalam kebenaran Firman, dan bersedia untuk menginjil serta melayani dengan kuasa Roh Kudus.
Melalui pendekatan pembelajaran yang fleksibel, menyeluruh dan berorientasikan pelayanan, kami berharap dapat membantu anda berkembang dalam pemahaman rohani, kepimpinan, dan kematangan iman. Kami percaya bahawa Tuhan sedang membangkitkan satu generasi yang tidak hanya belajar, tetapi juga menggandakan!
Dengan semangat “Dimuridkan untuk Memuridkan, Diperlengkap untuk Diutus,” marilah kita melangkah bersama dengan tekad dan pengharapan. Mari kita mula perjalanan ini bersama-sama. Tuhan menyertai kita!
Dr Ng Kee Chuan
Dekan,
Institut Pemuridan TOS-KD