
Dimuridkan Untuk Memuridkan
T.O.S.K.D
F.A.Q
1. Siapakah yang boleh menyertai program ini?
Program ini terbuka kepada semua orang Kristian yang ingin bertumbuh dalam pemuridan dan berhasrat memuridkan orang lain. Tiada latar belakang teologi formal diperlukan.
2. Adakah program ini memerlukan kehadiran secara fizikal?
Program ini ditawarkan secara dalam talian dan juga bersemuka mengikut keperluan kursus. Kehadiran adalah penting dan akan diambil untuk setiap sesi.
3. Bagaimana cara mendaftar untuk kursus?
Pelajar perlu mendaftar melalui Google Form dan menandakan kursus yang ingin diambil. Pembayaran mesti dibuat sebelum kursus bermula.
4. Adakah saya perlu mula dengan kursus tertentu dahulu?
Ya. Semua pelajar baharu wajib memulakan pengajian dengan kursus asas:
5. Bagaimana kelas dijalankan dan berapa lamakah setiap kursus?
Setiap kursus dijalankan selama 10 minggu (1 jam kredit), dengan sesi mingguan dari 7:30 malam hingga 10:00 malam. Sesi mungkin dijalankan secara Zoom, Google Meet, atau fizikal, bergantung kepada kursus dan lokasi.
6. Bolehkah saya menangguhkan kursus?
Ya. Anda boleh menangguhkan kursus tertentu jika diperlukan, tetapi anda harus berbincang dengan Dekan atau Pentadbir terlebih dahulu. Kursus juga boleh ditangguhkan oleh pihak Institut jika bilangan pelajar kurang daripada 10 orang.
7. Bagaimana dengan penilaian atau peperiksaan?
Setiap kursus mempunyai kaedah penilaian tersendiri, seperti tugasan, pembentangan, atau refleksi peribadi. Maklumat terperinci akan diberikan oleh pensyarah kursus.
8. Adakah terdapat bantuan kewangan?
Ya. Bantuan kewangan disediakan kepada pelajar yang memerlukan. Pelajar mesti menulis permohonan rasmi kepada Dekan disertakan dengan surat sokongan daripada pemimpin gereja atau organisasi.
9. Bagaimana jika saya sudah membayar tetapi tidak dapat hadir?
Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan, tetapi anda boleh memindahkan bayaran tersebut untuk mengambil kursus yang lain dalam masa hadapan.
10. Siapakah yang boleh saya hubungi jika ada masalah?
Untuk pertanyaan umum dan pendaftaran:
📞 Pentadbir: 018-767 4204
Untuk isu teknikal kelas atau sistem:
📞 Teknikal: 017-207 4927
Kenapa Sertai TOS-KD?
Fleksibiliti
Pembelajaran kendiri dengan gabungan elemen talian dan praktikal
Mudah Di-akses
Akses kursus dari mana-mana, bila-bila masa
Yuran Berpatutan
Yuran mampu milik dengan kualiti pendidikan teologi yang tinggi
Langgani untuk mendapatkan info tentang Akademi Komuniti Digital
Halaman
Policy Pages
-
Privacy
-
Terms & Conditions
-
Cookie Policy