Seni Yang Bertutur

Seni merangkumi alam kelihatan dan tidak kelihatan.

Perjalanan lukisan Profetik Saya

Semuanya bermula sewaktu persaraan saya sebagai penghias acara - sakit-sakit saraf dan kepala yang membelenggu telah memaksa saya bersara awal dan menumpukan perhatian kepada aktiviti melukis. Secara kebetulan, penyertaan saya dalam kursus seni lukis selama lapan minggu telah membentang luas pemandangan dan penglibatan saya dalam bidang ini. Perubahan mula berlaku apabila saya bertemu di laman web dengan hasil kerja Makoto Fujimara yang menggesa saya ke arah seni lukis profetik.

Semakin saya berusaha melukis, timbullah kesedaran akan komunikasi Tuhan. Terjadilah desakan kuat untuk menterjemahkan firmanNya sebagai perluahan hasil lukisan. Justeru itu, “Seni yang Bertutur” telah dilahirkan. Semoga Roh Kudus berbicara dengan hati setiap pembaca dan mencetuskan imaginasi yang membara- bara dalam naluri anda. Anda boleh menulis, melukis ataupun menconteng dalam buku ini pesanan yang diterima ketika berdoa dan menunggu.

Grace Lim