Mazmur 23

Apakah Kita Mahu Memahami Kebaikan Tuhan Di Dalam Hidup Kita? Mazmur 23 adalah jawabannya.
Apakah Yang akan kita pelajari?

MAZMUR 23

Banyak orang sudah biasa dengan Mazmur 23 tetapi di dalam siri 6 bahagian ini Elder Ann akan memperkenalkan kita kepada gembala besar, Tuhan, yang berjanji untuk menyediakan setiap keperluan kawanannya. Meskipun hanya enam ayat, mazmur ini mengajarkan kepada kita kebenaran yang mendalam tentang Tuhan kita yang pengasih dan pelindung. Dengan mempelajari Mazmur 23, kita akan menghadapi pertanyaan yang mengubah hidup: Adakah anda mempercayai Tuhan untuk memenuhi keperluan anda?
Jikalau kita benar-benar memahami kebaikan Tuhan. ia akan memperkuatkan iman kita.
  • Tuhan akan memenuhi segala keperluan kita.
  • Tuhan akan memberikan kita rehat dan damai
  • Tuhan akan memberikan kita kesegaran
  • Tuhan akan memimpin kita membuat keputusan yang baik
  • Tuhan akan bersama dengan kita di dalam keadaan kegelapan dan ketakutan.
  • Tuhan akan melindungi kita
  • Tuhan akan memberikan kita berkat yang di luar jangkaan kita.
  • Tuhan akan menentukan masa hadapan kita yang selamat.

Elder Ann Wan Kuan

Elder DUMC