Sertai hari ini

Lahir Semula Dengan Sempurna 

Jilid 1 - DamAI Asas (Versi Video Pembelajaran)
Apa yang akan anda pelajari

Latarbelakang Kursus Ini

Mengapakah wujud gejala orang Kristian menerima Kristus sebagai Penyelamat mereka berulang kali? Mengapakah ada yang begitu mudah meninggalkan iman mereka sesudah menjadi orang Kristian? Mengapakah semakin ramai orang Kristian yang meragui penyelamatan mereka? Mengapakah terdapat orang Kristian yang terbantut dalam pertumbuhan rohani mereka?
Jawapan kepada kemusykilan-kemusykilan ini ada kaitannya dengan cara seorang lahir semula secara rohani. Kaedah dan isi kandungan yang diguna pakai untuk membimbing seseorang semasa proses penginjilan adalah sangat penting.

Siri ini akan membantu anda yang bergelut dengan kemusykilan sebegini untuk mencari jawapan daripada Alkitab dan juga memahami perkara penting yang terkandung dalam Injil Penyelamatan oleh Yesus Kristus dengan lebih jelas.

Dr Ng Kee Chuan

Pengajar
Tentang 
Pr Ng Kee Chuan mula mendapat seru menjadi pastor semasa beliau masih berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah institut pendidikan guru di Sabah, Malaysia. Kini setelah bersara, beliau meneruskan pelayanan sebagai pastor. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Sabah Interdenomational Education Committee (SiEC) atau Jawatankuasa Pendidikan Antara Denominasi Sabah di bawah naungan Majlis Gereja-Gereja Sabah. Beliau juga merupakan penyelia sebuah asrama Kristian dan konsultan kepada beberapa buah sekolah swasta. Bersama-sama dengan isterinya Kwai Yok, mereka giat memperlengkap penganut Kristian dalam aspek pemuridan.