"Tujuan Hidup"

Booster Shot Podcast
Apa Yang kita pelajari

Pengenalan

Setiap orang pasti memerlukan sesuatu untuk memulakan harinya. Ada yang mencari kopi, teh, jus dan sebagainya untuk menjadi "booster shot" yang membangunkan mereka dan menyegarkan tubuh mereka.
Tetapi ada sesuatu yang lebih penting lagi iaitu renungan Firman Tuhan yang menjadi "booster shot" kita agar menjadi perisai kita menghadapi hari kita.

Pr Wagner Daniel akan membawa kita dengan renungan Firman yang ringkas dan padat - untuk anda memulakan hari anda. Siri podcast booster shot akan tersedia selepas ini dan anda boleh mendengar di mana mana sahaja.

Semoga diberkati!

Pr Wagner Daniel

Lead Pastor, SIB Life 
Latarbelakang
Wagner Daniel ialah Lead Pastor di gereja SIBLife, di Petaling Jaya. Dia telah melayani sepenuh masa sejak 2015. Beliau adalah seorang pemuzik profesional sebelum melibatkan diri dalam pelayanan sepenuh masa.

Di SIBLife, Wagner melayani sebagai LifeGroup pastor (cell pastor), menggembala dan memimpin para pemimpin sel dan juga beliau adalah Pastor-In-Charge untuk LifeCreative, iaitu jabatan pelayanan ibadah Ahad.Pr. Wagner sangat bersemangat dan berghairah untuk memuridkan dan mementor jiwa-jiwa bagi Kristus, khususnya generasi muda dan para pemimpin dari Sabah & Sarawak. Dia rindu melihat umat Tuhan, khususnya anak-anak muda untuk memenuhi panggilan Tuhan dan melihat rahmat Tuhan bekerja dalam kehidupan mereka.

Dia telah berkahwin dengan Helena Ping dan dikurniakan 3 orang cahaya mata; David (10 tahun), Gavin (7 tahun) & seorang anak perempuan, Mikaela (3 tahun).